Monday, 29 October 2012

Harapan Saya Untuk Tahun 2013

Untuk tahun hadapan 2013, saya akan berasa sungguh gembira kerana ia adalah tahun baharu dan saya akan menyimpan semua kenangan dan mulakan semula kehidupan yang baru. Saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk peperiksaan dan tidak akan mengulangkan kesilapan lagi untuk tahun yang hadapan ini dan saya tidak sabar untuk memulakan tahun yang baharu ini.

Persiapan Peperiksaan SA2 Saya

         Minggu hadapan ialah peperiksaan SA2 saya. Saya akan belajar bersungguh dan kalau di rumah saya akan membuat kerja rumah yang cikgu saya berikan dan baharu saya mengulang kaji untuk peperiksaan SA2 minggu hadapan. Untuk tuisyen saya akan mengambil kertas peperiksaan yang dahulu dan menujukkan ke tuisyen cikgu saya. Di kelas tambahan pula, cikgu saya akan memberikan satu kelas kertas peperiksaan akhir tahun dan saya akan membuatnya seperti macam peperiksaan. Selepas membuat kertas peperiksaan itu, cikgu saya akan menyemak jawapan dengan kita dan saya pun dengar teliti apa yang cikgu saya cakap. Untuk perasaan saya, saya akan berharap yang terbaik untuk peperiksaan saya.


Thursday, 11 October 2012

Sajak Salji

Sedingin ais
Akan sentiasa cantik
Lembut bak sutra
Juga halus
Indahnya keajaibanmu