Monday, 24 September 2012
Pengalaman Menarik semasa Cuti Sekolah
Pada cuti sekolah Jun, saya dan keluarga telah pergi ke East Coast Park untuk mengayuh basikal. Saya begitu gembira sekali, kerana itu adalah hobi saya. Setiba di sana, terdapat ramai orang di situ dan terus saya menyewa basikal. Apalagi, saya terus mengayuh dengan penuh ghairah. Ibu dan bapa telah berpesan kepada saya supaya berhati-hati kerana di situ terdapat ramai orang yang juga mengayuh basikal. Tetapi saya tidak menhiraukan pesanan itu dan terus meninggalkan mereka. Saya mengayuh begitu laju hingga lupa melihat keliling saya. Tiba-tiba, saya hilang kawalan dan terlanggar seorang budak perempuan yang mengayuh basikal ketika itu. Kami berdua terjatuh ke lantai. Tangan dan kaki saya luka dan berdarah. Ia sungguh sakit sekali sehingga saya menagis.Budak perempuan itu sama seperti saya juga.Ibu,bapa dan abang pun tiba lalu menolong saya.Saya meminta maaf kepada budak perempuan itu.Ibu dan bapa memarahi saya kerana tidak mendengar nasihat mereka.Saya berasa kesal sekali dengan kelalaian dan kesakitan yang saya alami ketika jatuh.Mulai dari sekarang, saya akan mendengar nasihat ibubapa saya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment